Friday 13 November 2020

Kelebihan FOUNDATION PRIMER MARY KAY:-

Kelebihan FOUNDATION PRIMER MARY KAY:-
.
πŸ’‹Gel yg ringan dan mudah dipakai
πŸ’‹Mengekalkan makeup dan pemakaian foundation.
πŸ’‹Sesuai utk semua jenis kulit
πŸ’‹Makeup nampak lebih licin dan flawless
πŸ’‹Memberi perlindungan kepada muka
πŸ’‹Hasil kajian menunjukkan 120 wanita menggunakan foundation primer tiap2 hari.
.
Wow😱😱😱nampak tak kehebatan FOUNDATION PRIMER MARY KAY ni kalau ditambah dgn FOUNDATION MARY KAY lg bestttt superbbbb uolllsssπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„
.






π’΄π‘œπ“Šπ“‡ π΅π‘’π’Άπ“Šπ“‰π“Ž π’žπ‘œπ“ƒπ“ˆπ“Šπ“π“‰π’Άπ“ƒπ“‰,

Nadzirah Shukor

Mary Kay Beauty Consultant

Whatsapp No : www.wasap.my/60132117436

IG/FB : @eyranadzirah/ Mary Kay by Cikgu Nadz

Wednesday 1 July 2020

Honey Glow is BACK!!


Mary Kay keluarkan Honey Glow Finisher untuk nampak lebih glowing & dewy effect lepas bermekap, ala-ala glass skin yang orang Korea suka sangat tu.
So, Honey Glow Finisher ni sebenarnya adalah makeup base yang kita apply sebelum foundation atau CC cream, untuk bagi dewy effect & nampak glowing dari dalam. Orang tengok pun mesti toleh dua kali sebab nampak berseri sangat hihihi πŸ˜ƒ
Fungsi lain Honey Glow Finisher ni :-
* memberikan effect glowing secara natural
* mencerahkan kulit wajah
* tahan lama
* mengurangkan garis & kedutan halus
* mengandungi SPF untuk melindungi dari sinaran UV
Dan yg bestnya Mary Kay takkan keluarkan sesuatu produk tu untuk nampak cantik semata-mata. Mesti ada khasiat lain jugak untuk kulit wajah. Sebab tu Nadz seronok gunakan makeup Mary Kay tanpa risau kulit rosak πŸ’–πŸ’–πŸ’–












π’΄π‘œπ“Šπ“‡ π΅π‘’π’Άπ“Šπ“‰π“Ž π’žπ‘œπ“ƒπ“ˆπ“Šπ“π“‰π’Άπ“ƒπ“‰,
Nadzirah Shukor
Mary Kay Beauty Consultant
Whatsapp No : www.wasap.my/60132117436
IG/FB : @eyranadzirah/ Mary Kay by Cikgu Nadz


Monday 1 June 2020

CARA MUDAH HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA





Sedih kan bila tengok bawah mata makin hitam, sekali pandang dah macam panda dah. Perkara ini berlaku kerana mata kita sering dipaksa untuk bekerja, dan disebabkan itu, corak kulit bawah mata akan kebiruan atau bertambah gelap kerana berlakunya pertumbuhan darah.  Semakin banyak darah dibahagian bawah mata, semakin gelaplah kulit bahagian bawah mata berbanding kulit wajah yang lain. 

Cara - cara untuk menghilangkan lebam bawah mata.
#1 Minum Air Kosong
Air kosong sangat baik untuk kulit kita. 
#2 Makan Sayuran Hijau
Sayuran hijau kaya dengan antioksidan.
#3 Gunakan Timun dan Tomato
Tekapkan hirisan timun dan dan tomato selama beberapa minit sebelum tidur. 

HYDROGEL EYE PATCHES UNTUK HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA












p/s : Lingkaran bawah mata juga kadang - kadang diwarisi daripada keturunan. 

π’΄π‘œπ“Šπ“‡ π΅π‘’π’Άπ“Šπ“‰π“Ž π’žπ‘œπ“ƒπ“ˆπ“Šπ“π“‰π’Άπ“ƒπ“‰,
Nadzirah Shukor
Mary Kay Beauty Consultant
Whatsapp No : www.wasap.my/60132117436
IG/FB : @eyranadzirah/ Mary Kay by Cikgu Nadz


Friday 8 May 2020

Hyaluronic Acid dalam Mary Kay. Jangan biar kulit muka TUA sebelum usia.



KENAPA KULIT MUKA KEDUT?

Kulit berkerut atau berkedut, garisan-garisan nipis di wajah sememangnya merisaukan terutama sekali jika dibandingkan rakan seusia yang masih awet muda.
Pernahkah anda terfikir mengapa sesetengah daripada kita lebih cepat kelihatan tua berbanding lain yang sebaya?
Ketika masih muda, kita mungkin tidak pernah terfikir mengenai kulit berkerut, garis halus atau sebarang cacat cela pada wajah. Namun meningkat dewasa, semuanya menjadi kebimbangan utama.
Percayalah, ia tidak berlaku dalam semalaman tetapi pasti ada punca yang disebabkan amalan makan minum, aktiviti luar dan pelbagai pendedahan lain yang anda terlibat dengan sewaktu muda.
Menurut laporan portal kesihatan milik pakar kulit dan dermatologi, Dr. Debra Jaliman, sekurang-kurangnya 6 tabiat di bawah mempengaruhi seseorang berdepan masalah penuaan pada kadar cepat.
1. Diet
Menurut Jaliman, makan terlalu banyak gula boleh memberi kesan negatif kepada kulit anda dalam jangka masa panjang. “Gula akan mengikat kolagen dan mengeras, menjadikan penuaan kulit lebih cepat,” katanya.
2. Terlalu banyak alkohol
Alkohol boleh menjadikan kulit kering dan membesarkan saluran darah di dalam kulit. Jadi kulit akan kelihatan kemerahan. Keadaan kulit dehidrasi akan kelihatan lebih tua. Di samping itu, masalah ruam wajah juga akan lebih teruk.
3. Bantal
Kulit regenerasi setiap malam, maka penting untuk kita memperoleh tidur yang berkualiti. Jaliman mengesyorkan penggunaan bantal satin supaya kulit tidak menggosok pada kain bantal. Katanya kain bantal biasa boleh menyebabkan kemunculan kedutan lebih cepat apabila kitamenoleh ke kanan dan kiri pada waktu malam.
4. Berjemur
Jika anda suka berjemur, gunakan pelindung matahari sepanjang masa. Ini kerana kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari adalah kumulatif. Malah pendedahan selama hanya 10 minit boleh menyebabkan kesan yang berpanjangan yang menimbulkan masalah besar termasuk penuaan kulit yang cepat. Pastikan anda menggunakan pelindung matahari yang betul ke seluruh badan yang mampu melindungi kulit dari sinaran UVA (yang memasuki liang-liang kulit) dan UVB (yang membakar kulit).
5. Merokok
Merokok tidak memberi kesan yang baik kepada kesihatan, termasuk kulit. Kulit paling terkesan kerana ia mudah dikesan dari luar. “Adalah penting untuk mengelakkan asap rokok kerana amalan merokok mengurangkan bekalan darah ke kulit dan menyebabkan kedutan pada muka secara umum,” kata Jaliman.
6. Pencemaran udara
Pencemaran udara juga boleh merosakkan kulit pada tahap yang membimbangkan. Maka, anda perlu sentiasa berhati-hati dan menyedari keadaan kawasan sekeliling terutama sekali jika anda keluar rumah ke lokasi yang tercemar.
Ekoran itu Jaliman mencadangkan agar kita sentiasa membesihkan kulit, mengggunakan skrub untuk menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati. Beliau juga mencadangkan supaya menggunakan produk penjagaan kulit yang kaya dengan antioksidan agar ia dapat melawan radikal bebas daripada pencerobohan alam sekitar, seperti pencemaran.
SUMBER  


KLIK GAMBAR  UNTUK INFO


Tahukah anda kenapa kulit bayi sangat gebu dan cantik? Ini kerana bayi dilahirkan dengan asid hyaluronik yang tinggi. Malangnya, jumlah asid hyaluronik pada kulit berkurangan dengan usia, yang paling ketara selepas umur 40 tahun.

Anda boleh menggunakan serum atau pelembab yang mengandungi asid hyaluronik untuk mengatasi masalah ini. Walaupun anda tidak akan dapat mengembalikan kulit bayi dengan sempurna,, ia sekurang-kurangnya dapat membantu memulihkan kandungan asid hyaluronik kulit dan memberi kulit dewasa menjadi lebih muda, segar, licin, lebih terhidrat dan kelihatan lebih lembut. Selain itu juga, HA turut berfungsi untuk membalikkan kesan kerosakan dari bahan radikal bebas. Maka secara tida langsung ia juga membantu melindungi kulit dari kerosakan UV.

Apa yang menariknya, HA mampu bertindak balas dengan baik pada semua jenis kulit. Jadi anda tidak perlu risau jika HA ini tidak sesuai dengan kulit anda kerana ia boleh bekerja dan berfungsi pada kulit kering, berminyak mahupun kombinasi.







π’΄π‘œπ“Šπ“‡ π΅π‘’π’Άπ“Šπ“‰π“Ž π’žπ‘œπ“ƒπ“ˆπ“Šπ“π“‰π’Άπ“ƒπ“‰,
Nadzirah Shukor
Mary Kay Beauty Consultant
Whatsapp No : www.wasap.my/60132117436
IG/FB : @eyranadzirah/ Mary Kay by Cikgu Nadz


Ketahui Masalah Kulit sebelum menggunakan SKINCARE









MEMILIKI kulit wajah bersih tanpa cacat cela sering jadi ukuran pertama tahap kebersihan peribadi individu secara luaran.
Jerawat antara masalah kulit yang biasa dialami setiap orang, justeru penting bagi kita mengetahui punca bagaimana ia terjadi seterusnya membantu kembalikan kesihatan kulit wajah.
Jerawat adalah keadaan di mana ada bintik atau benjolan pada permukaan kulit akibat liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.
Ia terbahagi kepada dua iaitu jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan putih, dan jerawat bersama keradangan kulit serta mengandungi nanah. Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak.
Apabila sebum, sel kulit mati dan bakteria terperangkap di bawah permukaan kulit, berlaku pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Bakteria Propionibacterium acnes (P.acnes) wujud pada folikel rambut dalam liang roma dan berdasarkan beberapa kajian, bakteria ini mempunyai perkaitan dengan masalah acnes vulgaris.
Propionibacterium adalah bakteria gram positif dan suka hidup dalam persekitaran yang mempunyai aras oksigen rendah antaranya liang roma tersumbat.
Ia mempunyai enzim yang boleh mencernakan asid lemak dan trigliserin dalam sebum.
Proses pencernaan sebum menghasilkan bahan komedogenik dan menjadikan simptom jerawat lebih teruk. Bakteria P.acnes tidak merosakkan kulit secara langsung, sebaliknya ia diakibatkan tindak balas keradangan dalam sistem imunisasi.
Jerawat bernanah berpunca daripada tindak balas berlebihan sistem imunisasi yang menghantar sel darah putih untuk menghapuskan bakteria.
Selain itu, jerawat juga berpunca daripada pengambilan ubatan yang mengandungi phenytoin, iodin, bromida, steriod, isoniazid dan litium, pemakaian pakaian atau peralatan terlalu ketat pada permukaan kulit yang bersentuhan.
Perubahan hormon dan penggunaan produk kulit atau rambut yang berminyak juga menyumbat liang roma antara faktor mengakibatkan pembentukan jerawat.

Sumber : Harian Metro

π’΄π‘œπ“Šπ“‡ π΅π‘’π’Άπ“Šπ“‰π“Ž π’žπ‘œπ“ƒπ“ˆπ“Šπ“π“‰π’Άπ“ƒπ“‰,
Nadzirah Shukor
Mary Kay Beauty Consultant
Whatsapp No : www.wasap.my/60132117436
IG/FB : @eyranadzirah/ Mary Kay by Cikgu Nadz


Jom kenali kulit muka dulu.







π’΄π‘œπ“Šπ“‡ π΅π‘’π’Άπ“Šπ“‰π“Ž π’žπ‘œπ“ƒπ“ˆπ“Šπ“π“‰π’Άπ“ƒπ“‰,
Nadzirah Shukor
Mary Kay Beauty Consultant
Whatsapp No : www.wasap.my/60132117436
IG/FB : @eyranadzirah/ Mary Kay by Cikgu Nadz


Thursday 7 May 2020

Mary Kay - Business Opportunity

Adakah anda mahu mencapai semua ini?
1. Kecantikan & Keyakinan diri
2. Kebebasan Kewangan
3. Waktu Kerja Fleksibel
4. Ganjaran & Pengiktirafan
5. Pembangunan diri
6. Semangat Persaudaraan
7. Keutamaan Seimbang
8. Kebijaksanaan










Di Marykay kami digelar PERUNDING KECANTIKAN BEBAS dimana kami bukan ahli/agen/dropship menjual barang semata mata.
Dengan pendaftaran baru perunding kecantikan Mary Kay anda layak menerima kit permulaan secara PERCUMA yang bernilai hampir RM 500 bagi mulakan perniagaan dalam bidang kecantikan anda dengan perlu mendaftar dengan modal yang sangat rendah dan disediakan Starter Kit.

APA YANG MARY KAY MAMPU TAWARKAN BAGI YANG SEDANG MENCARI SIDE INCOME?

1. Kerjaya yang flexible. 
Kerjaya sebagai Mary Kay Beauty Consultant membolehkan kita bekerja pada masa sendiri. Pagi, petang, malam, semua boleh. Bak kata orang putih, 'work at your own pace". Bila bila dan di mana sahaja.



2. Kerjaya yang menyeronokkan. 





Memang seronok betul lah sebab takde orang nak marah2 nak tengking2 kita. Langsung tak stress jadi BC ni tau! 

Orang perempuan ni kan, kalau kita makan di restoran yang sedap pun, kita dah seronok nak berkongsi dengan orang lain. Habis semua kawan kawan kita recommend suruh diorang cuba makan di restoran tersebut. Betul tak? 

Inikan pula berkongsi keseronokan menggunakan produk yang berkesan dan selamat! Lagi lah kita seronok. Bila kita buat apa yang kita suka, apa yang menyeronokkan, memang tiada istilah STRESS bergelar seorang Beauty Consultant. Percayalah.


3. Kerjaya yang bersuasana positif. 


Bagi yang pernah berniaga, pernah tak rasa keseorangan dalam bisnes? Kita seorang yang bersungguh-sungguh. Tiada mentor dan tiada orang pun yang sama-sama naik bangun dengan kita. Kalau rasa down pun, takde tempat nak mengadu. 

Tapi dengan Mary Kay, anda tak perlu risau. Dari hari pertama anda bergelar Beauty Consultant, anda telah dilengkapi dengan seorang mentor dan unit yang sentiasa akan sentiasa mendorong kita ke arah kejayaan. Langsung tak lokek ilmu dan berkongsi tips kejayaan masing masing. Tiada istilah pesaing dalam dunia Mary Kay. Idola sungguh! 



4. Kerjaya yang menawarkan DIAMOND RING, PINK CAR & FREE VACATION.

Mary Kay merupakan salah satu company yang sangat suka memberi RECOGNITION & REWARDS. Bagitahu Meknis company mana yang nak bagi semua benda ni kepada pekerja secara PERCUMA? 

Kalau anda mencari "part time job" yang mempunyai ciri-ciri di atas, semuanya ada di Mary Kay!


π’΄π‘œπ“Šπ“‡ π΅π‘’π’Άπ“Šπ“‰π“Ž π’žπ‘œπ“ƒπ“ˆπ“Šπ“π“‰π’Άπ“ƒπ“‰, 

Eyra Nadzirah www.wasap.my/60132117436

Wednesday 6 May 2020

Kenali pori dan tips menghaluskannya

Apakah pori? Kenali pori.

Pori adalah lubang-lubang halus yang terdapat pada permukaan kulit manusia. Terdapat 2 jenis liang pori iaitu pori yang merembeskan sebum (minyak semulajadi dalam kulit) dan pori yang mengeluarkan peluh. Pori yang mengeluarkan minyak ini selalunya lebih kasar pada kulit yang berminyak, lebih halus pada kulit kering. Minyak inilah yang menjadikan kulit kita cantik, lembut dan sihat.

Perhatikan orang yang berkulit berminyak. Kulit mereka kelihatan lebih muda, lebih berkilau dan lembut, licin serta tiada kedutan.

Seandainya kulit ini tidak dijaga, minyak dan kelembapannya tidak seimbang, maka terjadilah jerawat. Pori yang merembeskan minyak selalunya nampak kasar jika tidak dieksfoliasi kerana ia dapat memerangkap habuk, sel kulit mati dan kotoran dalam persekitaran. Apabila lubang ini dipenuhi dengan segala kekotoran itu, pori ini mengembang maka ia akan kelihatan kasar dan tidak cantik pada pandangan mata.

Peluh yang mengeluarkan peluh ini sangat halus hingga tidak kelihatan pada mata kasar. Tugasnya adalah untuk mengawal suhu badan.

3 cara mengawal liang pori

Saiz pori manusia diwarisi daripada ibu bapa kita. Walau bagaimanapun, pori pada kulit yang sihat tidak ketara pada mata kasar. Pori kelihatan kasar kerana tersumbat. Liang pori melebar ataupun rosak akibat sering diusik, dipicit, ditekan atau ditarik oleh jari nakal kita sendiri.

Bagaimana pori menjadi kasar

Pori yang wujud pada kulit kita adalah untuk mengalirkan peluh dan sebum ke permukaan kulit. Sebum adalah minyak semulajadi yang merapi dan melembapkan kulit dari menjadi kering. Apabila minyak semulajadi dihasilkan secara berlebihan, lebihan sebum itu menarik dan bercampur dengan sel kulit mati. Inilah yang menyebabkan pori tersumbat.

Pori tersumbat menyebabkan pori sukar mengalirkan sebum. Pori melebar bagi membuka ruang untuk aliran sebum. Apabila pori tersumbat dalam udara, minyak dan sel kulit mati yang terperangkap dalam pori teroksida lalu menjadi bintik hitam. Bintik hitam ini nampak ketara pada kulit.

1. Tips bersihkan wajah

Jangan berkasar dengan kulit sekiranya pori anda mudah tersumbat. Anda perlu membersihkan kulit dengan lembut. Sebarang kekasaran akan memudaratkan lagi kulit anda.  Elakkan dari menggunakan pembersih wajah yang menjadikan kulit anda kering. Kulit yang dicuci kering akan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebihan minyak.


2. Gunakan Toner selepas mencuci wajah untuk menyeimbangkan semula tahap pH kulit.

Bagi mengelakkan pori tersumbat, cuba lihat dua sumber ini :

  • sebum dan
  • sel kulit mati. 


Sebum adalah perkara semulajadi dalam fungsi kulit. Tetapi, sebum yang berlebihan memudaratkan kerana ia dapat memerangkap kotoran dan sel kulit mati.

Inilah yang menjadikan pori tersumbat.

Apabila kulit wajah kering disebabkan oleh persekitaran, contohnya penghawa dingin, kelenjar kulit akan mengeluarkan lebih banyak sebum bagi melindungi kulit. Proses ini menjadikan keseimbangan kulit semulajadi tidak keruan.

Sel kulit mati berada pada lapisan atas permukaan kulit kita. Kulit kita sentiasa menghasilkan sel kulit baru setiap hari. Pusingan lengkap penghasilan sel kulit baru mengambil masa lebih kurang sebulan. Tetapi, apabila sel kulit mati yang lama tidak disingkirkan, kulit kita menjadi semak, kelihatan kusam serta hilang serinya.

Untuk mengembalikan keserian wajah kita, gunalah produk yang menghidratkan kulit dan pada maa sama dapat menyingkirkan sel kulit mati. Ini akan menseimbangkan semula sebum kulit dan menyingkirkan lebihan sel kulit mati.

3. Memperbaiki Ketaraan Pori

Secara teknikalnya, kita tidak boleh mengubah saiz pori walaupun ia sudah tidak tersumbat. Tetapi, kita boleh cuba perbaiki ketaraannya. Apabila pori tidak tersumbat, ia tetap ketara jika struktur kulit lemah dan kurang anjal. Proses penuaan semulajadi termasuklah pengenduran dan kurang keanjalan kerana fungsi kulit mula perlahan. Kolagen dan elastin semakin berkurang. Ini menyebabkan kulit bertambah kendur dan jatuh, maka pori mula memanjang.

Bagi mengurangkan ketaraan pori, struktur kulit perlu dipadatkan. Kulit yang sihat dan kuat berstruktur rapat dan padat, menjadikan keanjalan kulit tetap tinggi walaupun usia meningkat. Menggunakan serum anti-penuaan yang mensasarkan penuaan, biasanya akan dapat menghalang kulit melemah. Lama-kelamaan, fungsi kulit menjadi kuat. Carilah produk yang mengandungi Niacinamide dan vitamin yang dikenalpasti dapat meningkatkan kekuatan kulit dan keanjalan bagi meminimumkan ketaraan pori.



Saksikan manfaat-manfaat ini selepas mengguna TimeWise® Microdermabrasion Plus Set:  
  • Menambahbaikan tekstur kulit dengan dramatik
  •   Menambahbaikan tampilan garisan halus dengan ketara
  •   Pori-pori menjadi lebih kecil dengan segera
  •   Menjadikan kompleksi wajah lebih berdefinisi tinggi.  








I love mary kay and i love my customer πŸ’•
.
π’΄π‘œπ“Šπ“‡ π΅π‘’π’Άπ“Šπ“‰π“Ž π’žπ‘œπ“ƒπ“ˆπ“Šπ“π“‰π’Άπ“ƒπ“‰,
Eyra Nadzirah
www.wasap.my/60132117436