Pori adalah lubang-lubang halus yang terdapat pada permukaan kulit manusia. Terdapat 2 jenis liang pori iaitu pori yang merembeskan sebum (minyak semulajadi dalam kulit) dan pori yang mengeluarkan peluh. Pori yang mengeluarkan minyak ini selalunya lebih kasar pada kulit yang berminyak, lebih halus pada kulit kering. Minyak inilah yang menjadikan kulit kita cantik, lembut dan sihat.
Perhatikan orang yang berkulit berminyak. Kulit mereka kelihatan lebih muda, lebih berkilau dan lembut, licin serta tiada kedutan.
Seandainya kulit ini tidak dijaga, minyak dan kelembapannya tidak seimbang, maka terjadilah jerawat. Pori yang merembeskan minyak selalunya nampak kasar jika tidak dieksfoliasi kerana ia dapat memerangkap habuk, sel kulit mati dan kotoran dalam persekitaran. Apabila lubang ini dipenuhi dengan segala kekotoran itu, pori ini mengembang maka ia akan kelihatan kasar dan tidak cantik pada pandangan mata.
Peluh yang mengeluarkan peluh ini sangat halus hingga tidak kelihatan pada mata kasar. Tugasnya adalah untuk mengawal suhu badan.
3 cara mengawal liang pori
Saiz pori manusia diwarisi daripada ibu bapa kita. Walau bagaimanapun, pori pada kulit yang sihat tidak ketara pada mata kasar. Pori kelihatan kasar kerana tersumbat. Liang pori melebar ataupun rosak akibat sering diusik, dipicit, ditekan atau ditarik oleh jari nakal kita sendiri.
Bagaimana pori menjadi kasar
Pori yang wujud pada kulit kita adalah untuk mengalirkan peluh dan sebum ke permukaan kulit. Sebum adalah minyak semulajadi yang merapi dan melembapkan kulit dari menjadi kering. Apabila minyak semulajadi dihasilkan secara berlebihan, lebihan sebum itu menarik dan bercampur dengan sel kulit mati. Inilah yang menyebabkan pori tersumbat.
Pori tersumbat menyebabkan pori sukar mengalirkan sebum. Pori melebar bagi membuka ruang untuk aliran sebum. Apabila pori tersumbat dalam udara, minyak dan sel kulit mati yang terperangkap dalam pori teroksida lalu menjadi bintik hitam. Bintik hitam ini nampak ketara pada kulit.
1. Tips bersihkan wajah
Jangan berkasar dengan kulit sekiranya pori anda mudah tersumbat. Anda perlu membersihkan kulit dengan lembut. Sebarang kekasaran akan memudaratkan lagi kulit anda. Elakkan dari menggunakan pembersih wajah yang menjadikan kulit anda kering. Kulit yang dicuci kering akan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebihan minyak.
2. Gunakan Toner selepas mencuci wajah untuk menyeimbangkan semula tahap pH kulit.
Bagi mengelakkan pori tersumbat, cuba lihat dua sumber ini :
Sebum adalah perkara semulajadi dalam fungsi kulit. Tetapi, sebum yang berlebihan memudaratkan kerana ia dapat memerangkap kotoran dan sel kulit mati.
Inilah yang menjadikan pori tersumbat.
Apabila kulit wajah kering disebabkan oleh persekitaran, contohnya penghawa dingin, kelenjar kulit akan mengeluarkan lebih banyak sebum bagi melindungi kulit. Proses ini menjadikan keseimbangan kulit semulajadi tidak keruan.
Sel kulit mati berada pada lapisan atas permukaan kulit kita. Kulit kita sentiasa menghasilkan sel kulit baru setiap hari. Pusingan lengkap penghasilan sel kulit baru mengambil masa lebih kurang sebulan. Tetapi, apabila sel kulit mati yang lama tidak disingkirkan, kulit kita menjadi semak, kelihatan kusam serta hilang serinya.
Untuk mengembalikan keserian wajah kita, gunalah produk yang menghidratkan kulit dan pada maa sama dapat menyingkirkan sel kulit mati. Ini akan menseimbangkan semula sebum kulit dan menyingkirkan lebihan sel kulit mati.
Bagi mengelakkan pori tersumbat, cuba lihat dua sumber ini :
- sebum dan
- sel kulit mati.

3. Memperbaiki Ketaraan Pori
Secara teknikalnya, kita tidak boleh mengubah saiz pori walaupun ia sudah tidak tersumbat. Tetapi, kita boleh cuba perbaiki ketaraannya. Apabila pori tidak tersumbat, ia tetap ketara jika struktur kulit lemah dan kurang anjal. Proses penuaan semulajadi termasuklah pengenduran dan kurang keanjalan kerana fungsi kulit mula perlahan. Kolagen dan elastin semakin berkurang. Ini menyebabkan kulit bertambah kendur dan jatuh, maka pori mula memanjang.
Bagi mengurangkan ketaraan pori, struktur kulit perlu dipadatkan. Kulit yang sihat dan kuat berstruktur rapat dan padat, menjadikan keanjalan kulit tetap tinggi walaupun usia meningkat. Menggunakan serum anti-penuaan yang mensasarkan penuaan, biasanya akan dapat menghalang kulit melemah. Lama-kelamaan, fungsi kulit menjadi kuat. Carilah produk yang mengandungi Niacinamide dan vitamin yang dikenalpasti dapat meningkatkan kekuatan kulit dan keanjalan bagi meminimumkan ketaraan pori.
Saksikan manfaat-manfaat ini selepas mengguna TimeWise® Microdermabrasion Plus Set:
- Menambahbaikan tekstur kulit dengan dramatik
- Menambahbaikan tampilan garisan halus dengan ketara
- Pori-pori menjadi lebih kecil dengan segera
- Menjadikan kompleksi wajah lebih berdefinisi tinggi.
I love mary kay and i love my customer π✨
.
π΄πππ π΅ππΆπππ ππππππππΆππ,
Eyra Nadzirah
www.wasap.my/60132117436
.
π΄πππ π΅ππΆπππ ππππππππΆππ,
Eyra Nadzirah
www.wasap.my/60132117436
No comments:
Post a Comment